Click here for Myspace Layouts

Sunday 29 April 2012

:'(


Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….


Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….

Saturday 21 April 2012

ermm

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis... 


Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”


Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya..

Saturday 14 April 2012

syarahanku yang pertama

xsemudah apa yang kita bayangkan dan sangkakan..
masa yang berlalu begitu pantas..
setiap langkah yang kita lakukan pasti ada sesuatu yang diselit didalam pemikiran..
dan setiap langkah yang kita turuti pasti ada halangan dan dugaan..
memang sukar bagi kita untuk mendapatkan apa yang dikehendaki..
yang jelas semuanya terletak pada tangan sendiri..
akal dan pemikiran, hati dan perasaan sering menjadi beban buat kita..
alangkah indahnya kita menjadi kanak-kanak kecil yang hanya memikirkan khayalan dan imaginasi semata-mata..
dalam mengikut perubahan kita ke arah dewasa dan peredaran masa, kematangan dan kebijaksanaan perlu menguasai dalam sanubari kita untuk menyelesaikan segala permasalahan..
keputusan yang terburu-buru dan memeningkan kepala kita menunjukkan kita gagal dalam menguasai kematangan diri dan kebijaksanaan akal fikiran..
Allah s.wt telah memberikan nikmat akal dan fikiran agar diguna sebaek mungkin..
jika kita sesekali melakukan kesalahan, akal dan fikiran, hati dan perasaan yang akan mengubah segala-galanya..