Click here for Myspace Layouts

Monday 9 February 2015

lupa kawan

Assalamualaikum dan salam sayang dari cahaya.. 

Lama dah aku tak singgah di blog ni.. Kira-kira dalam setahun lebih dah.. Sampai berhabuk rasanya ni.. Dengan kesibukkan yang terlampau tak sempat nak up to date.. Rindu aku pada blog ni.. Sebab banyak kenangan yang tercatit di dalamnya..  Kenangan pahit dan manis yang tak kan dilupakan..

Berbalik pada tajuk di atas.. Lupa kawan..  Mesti ada antara kita yang pernah rasa diri ini dilupakan kan..  Yelah.. Tambah-tambah bila orang itu pada ketika dahulunya pernah rapat dengan kita.. Sentiasa bersama kita.. Pernah menceriakan hidup kita.. Even kita minta apa ditunaikan olehnya.. Tapi sekarang dah lupakan kita.. Dah tak jumpa kita lagi.. Dah tak wish birthday kita lagi.. Sakit bila dikenangkan.. Kenapa perlu berbuat demikian..??

Bermacam persoalan berlegar-legar dalam fikiran ini..  Kecewa dengan aku kaa..?  Aku ada buat salah kaa..?  Tak kan sebab ada awek lupa aku..?  Macam mana dengan kenangan aku dengan kau..?  Kau dah buang jauh-jauh kaa..?  Gambar-gambar aku dengan kau dah buang kaa..? Sakit kan bila memikirkannya..  Sedih pun ada..  Terkilan pun ada.. 

Hidup ini perlu diteruskan.. Yang penting doakan kebahagiaannya.. Soal rindu biarlah disimpan dalam hati ini.. In sha allah ada rezeki mungkin suatu hari dapat bertemu dengannya.. Bertemu di kenduri kahwinnya kaa.. Menangis kegembiraan melihat dia dah dapat yang lebih layak dan yang sempurna dalam hidupnya.. 

Kau tetap kawan aku selamanya.. Orang yang pernah menceriakan hidupku.. Orang yang pernah bahagiakan aku.. Orang yang pernah suatu ketika aku jatuh cinta padanya dalam diam.. Terima kasih atas segala kenangan antara kita.. ☺☺

Monday 30 December 2013

aku mahu berubah

Ya Allah,

Andai kaki ini melangkah, jadikan setiap langkahan itu, langkahan ke tempat kebaikan, tempat yang Engkau redha.

Ya Allah,

Andai mulut ini berkata, jadikanlah setiap perkataan yang keluar itu ialah perkataan yang penuh hikmah dan bermanfaat, perkataan yang lembut, dan mendekatkan hati ini dan orang lain pada-Mu,

Ya Allah,

Andai fikiran ini berfikir, jadikanlah fikiran ini berfikir mengenai-Mu, berfikir mengenai kematian, berfikir mengenai dosa-dosa lalu, berfikir mengenai kebaikan orang lain padaku, berfikir mengenai nikmat yang telah kau berikan padaku, dan berfikir mengenai usaha-usaha/ wasilah apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mendekatkan diri pada-Mu.

Ya Allah,

Andai disaat tidak ada perkara yang bermanfaat ingin diperkatakan, andai tidak ada topic ingin dibicarakan, jadikanlah lidah ini lancar dan terus-menerus berzikir kepada-Mu, Jauhkan lidah ini daripada mengeluarkan kata yang menyakiti hati orang lain,

Ya Allah,

Andai mata ini melihat hingga ke hari ini dan hari seterusnya, jadikanlah mata ini celik, jauhkan mata ini dari melihat yang bukan hak, permudahkan kedua mataku ini untuk menjaga pandangan, jadikanlah mata ini mata yang sentiasa menangis kerana-Mu, menangis mengingati dosa-dosa lalu.

Ketahuilah bahawa, ‘Dia Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada’- (Surah Al-Ghafir: Ayat 19)
Ya Allah,

Andai telinga ini masih mampu mendengar, jadikanlah ia mendengar dan menapis perkataan itu, jadikanlah kedua telinga ku mendengar yang baik-baik sahaja, andai ada saat-saat di mana aku mendengar yang kurang baik, jadikan ianya berlalu seperti angin.

Ya Allah,

Andai hati ini berniat ataupun bermonolog dalaman, jadikankanlah hati ini sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan sahaja, jadikan juga monolog hati itu monolog yang baik-baik sahaja.

Ya Allah,

Jika tangan ini bergerak, Jadikanlah tangan ini bergerak dan menulis kebaikan sahaja, bergerak untuk melaksanakan hal-hal kebaikan, jauhkan tangan ini daripada memukul, menampar dan mengambil hak orang lain.

Wahai Tuhan yang telah terlalu banyak memberi, jadikan aku orang yang bersyukur dengan nikmat mata, mulut, telinga, hati, tangan, otak (pemikiran), lidah dan nikmat yang lainnya. Sungguh semua nikmat yang KAU berikan ini, akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semuanya akan diminta pertanggungjawabkan.

Sunday 29 December 2013

ya allah,

Ya Allah,
bilamana aku masih mengingati seseorang yang belum pasti milikku
maka, KAU bantulah aku untuk melupakannya
kenangan-kenangan kami yang lalu, KAU hapuskanlah dari mindaku..
KAU biarkanlah aku jauh darinya kerana aku yakin dia juga pasti ingin menjarakkan dirinya jauh dariku..
ku berharap agar KAU mengikatku untuk terus setia dengan kasihMU..
aku mohon,
hilangkanlah bayangan dia dari mindaku ini ya ALLAH
payungilah aku dengan rahmatMU
perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'MU
agar aku sentiasa selamat dengan cintaMU..
amin ya RABB..

Monday 30 September 2013

i miss u

I MISS U

perkataan 2 of course laa ditujukan pada orang aku sayang... to my hubby i really miss u so much... lagi 5 hari nak dekat anniversary kita yang ke 5 bulan kta bersama... macam2 dugaan kita lalui... dah banyak kali gado n putus berbaek balek itulah lumrah perhubngan kita tapi kita still bersama sampai laa sekarang... harap hubungan kita ni kekal selamanya... hope kita sentiasa tabah mengharungi dugaan n kuatkan hati kita dengan pelbagai ujian yang juga melibatkan perasaan.. n saia akan sama2 tolong awak simpan duet untuk majlis kawen kita 3 0r 4 tahun yang akan datang.. hehehe awak bg tahu saia lagi cepat lagi bgOishh... oke awak saia akan setia menunggu awak k... :)  awak, saia nak awak tahu saia salu merindui n menyayangi awak...

I LOVE U NUR IRFAN QAWIEM MOHAMAD

lesen memandu

Assalamualaikum :)

hye sayang2 sekalian... dah lama aku tak menulis di dalam blog ni kan... last updates blog ni 1 JUNE 2013.. wahhh lama 2 laa dah penghujung bulan 9... di sebabkan kekangan masa n kemalasan yang melanda so aku biarkan laa blog ni terus dipenuhi dengan sawang2.. hahaha 

oke kita mulakan cerita kita pada malam ni dengan institut lesen memandu... oke pada bulan 5/2013 aku daftar untuk amek lesen memandu dekat JV CERGAS... aku amek keta n moto... dua2 sekali aku amek senang n semuanya aku bayarkan... alhamdulillah laa dengan berkat gaji yang aku dapat boleh aku ambil lesen... pada hari ahad 29/9/2013 iaitu kemarin aku baru p test JPJ... see bertapa lamanya aku belaja sampai lesen L pown dah kena renew... hehehe maklom laa orang bekerja mang macam sebok jeaa memanjang nak p latihan pown xdan.. sebok kaa..? sebok laa sangat kan... eerrrgghhh

pengalaman aku belaja... hahaha 2 kali aku jatuh moto... satu jatuh atas titi n satu lagi jatuh dekat pusingan lapan... itulah pengalaman pahit aku yang memalukan... mana taknya semua orang tengok aku... biar laa aku tebalkan muka aku ini.. pengalaman ini akan aku ceritakan pada anak2 aku nanti bila anak2 aku dah besar n nak amek lesen...

test JPJ kemarin alhamdulillah kereta aku dah pass cuma moto jeaa aku xpass.. hanya dengan mencatatkan masa hingga 6.12 saat di atas titi aku dikira terkandas... so terpaksa laa aku boking amek laen test JPJ pada 22/10/2013 ni... huhuhu rugi duet rm30 kena bayar untuk test JPJ laen.. walaupun bukan duet aku tapi duet encik pakwe yang bagi rm50 suruh aku wat cepat2 supaya xpayah fikir dah... kalau aku tahu dya nak bagi duet aku xbagi tahu dya pown xpe... kesian2 terima kasih encik pakwe :) LOVE U SO MUCH

apa pown doakanku supaya aku pass test moto yeaa nanti.. 

the end


Saturday 1 June 2013

cinta hatiku :)

NUR IRFAN QAWIEM B MOHAMMAD



dia ni anak menakan jiran aku... hehehe hensem kan dya ni.. :) macam mana aku boleh kenai dya..?? hehe oke kita kembali ke masa lalu.. dh banyak kali aku jumpa dya cuma xpernah bertegur sapa.. hati mana xtergoda apabila melihat si dia macam ada satu perasaan yang lain sangat aku pun xtahu masa 2... masa 2 aku merasakan aku nak sangat dia menjadi milikku tapi aku buang perasaan aku jauh2 sebab aku ingatkan dya sudah berpunya... ada sekali 2 aku pergi rumah dya kat bedong, dya juga ada di rumah hehehe tersenyum sorang2 masa 2 apatah lagi dya bercakap dengan ku... ya allah :)

aku mula mencari dya dalam fb tapi xjumpa sebab aku xtahu nama sebenarnya hanya tahu qawien jeaa.. sehingga laa dya menegur aku dekat chat.. mula2 aku xkenai sapa dya sebab aku xbapa nak cam dp dya... so aku pun bukak laa wall dya ternyata orang yang aku cari selama ni dalam fb.. bla masa kami ni jadi frenz dalam fb pown xtahu laa... apa pun aku hepi sangat sebab dya tegur aku... masa 2 bermula sesi kenal mengenal n sesi minta no fon.. berat sungguh aku nak bg no kat org tapi bla dya minta sangat2 aku pun bagi... aku pun menunggu laa col or miscol dr dya xdak pun.. dalam bapa hari baru laa dya col aku... dya cakap kenai x dya... aku boleh cam suara dya sebab 2 aku kenai sangat dya.. so dari situ bermula col n mesej dengan dya xberhenti... ada suatu hari 2 dya xmesej n col aku ntah bapa hari xtahu aku xbapa nak ingat sampai laa malam 2  dya col aku masa 2 aku dok kampung... hehehe serius aku rindu gila dya xcol n mesej aku.. bila dya col aku mula laa tersenyum sorang2 tambah2 bila dya kata "dya kalau senang2 mesej laa dya, dya rindu"... hehehe :)

7/5/2013: xegat pukul bapa dya meluahkan perasaannya padaku..hati ni hanya Allah saja yang tahu berbunga-bunga xterkata syukur pada Allah... selama ni aku merasakan dya ego xnak luahkan perasaan dya padaku... akhirnya dya luah jugak... selama berhubungan ni banyak jugak laa aku gado dengan dya sampai break baek balek...

  9/5/2013: gambar pertama yang dya berikan padaku dya lukis sendiri walaupun gmbar kartun tp ayat dalam gambar 2 bermakna bagiku...

11/5/2013: itulah kali pertama pertemuan antara kami dating laa katakan.. mula2 kami g tesco jeaa makan kfc encik pakwe laa belanja... pastu teroz g taman jubli... ya allah kenangan yang memalukan masa 2 kat tman jubli... encik pakwe n adeq fazera xhabis dok gelak jeaa kat aku... malunya ya allah.. biarlah rahsia perkara yang memalukan itu xnak diciter di sini...then, kmi balek laa..



15/5/2013: kita gado lagi.. xsilap time 2 laa jugak dya excident... ya allah risau gila hati ni bila dapat tahu yang si dya excident.. nak sangat aku berada di sampingnya masa 2... aku sayang dia sangat xsanggup aku tengok dia sakit... pastu malam 2 aku pujuk dya sampai laa kami berbaek semula..

17/5/2013: kmi bergayut entah sampai pukul bapa pun xtahu.. dya meluahkan ketidakpuashatian dya pada aku... dya cakap aku xpernah nak memahami dya, xpernah nak tanya banyak tentang dirinya... ya allah aku tahu semua ni salah aku memang aku terasa sangat masa 2.. dan pada waktu itu laa aku mula memanggilnya dengan panggilan "b"..

19/5/2013: kali kedua aku berjumpa dengannya.. semuanya xdirancang dari awai pun... time 2 aku teman adeq fazera p klinik kesihatan bakar arang... time nak balek dari klinik dya mesej cakap jom jumpa kat mana2... kebetulan dya ada dekat sp jumpa member... kami pun jumpa laa dya dekat giant.. dya ajak makan pizza so kami pun ikot laa cakap dya... aku tanya dya semalam dya tidur pukul bapa dya cakap dya tidur lambat lebih kurang 5pagi macam 2 xsilap aku... semalam 2 memang aku terasa hati dengan dya sebab 2 aku xmesej dya n nak tidoq awai.. dya pun terkilan dengan kata-kata sampai tidur lewat... kesian sayang aku 2...  lepas makan kami pun balek laa masa 2 xdak gambar2 kenangan...

24/5/2013: pagi 2 aku balek kampung..aku ingat lagi semalam 2 aku gado besar dengan fazera... fazera hantar macam2 mesej kat irfan sampai pening pala kawan 2 sebab masalah aku dengan fazera, irfan yang dipersalahkan.. kesian dya terpaksa menanggung semua ini... aku terasa sangat dengan status2 fazera yang seolah-olah tuju kepada aku padahal aku tiada apa masalah pun aku dengan irfan... petang jumaat, masa 2 irfan keje pagi dya balek keje dalam pukul 3ptg... aku hantar mesej dya xbalas,aku col dya xangkat..ya allah hati mana yang xrisau... malam lepas isyak dya col dya cakap yang rantai moto dya putus masa nak balek p rumah dya so dya terpaksa tolak moto jauh untuk ke kedai... ya allah besarnya dugaan yang kau berikan pada irfan..kesian dya duet habiz banyak..dah laa pagi 2 dya cakap adeq dya masuk hospital sebab jatuh pengsan kat umah... awak bersabar yeaa dengan ujian Allah... Allah xkan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya... awak beruntung diuji pelbagai dugaan sebab Allah 2 sayang awak laa..

27/5/2013: kita jumpa buat kali yang ketiga.. masa 2 aku cakap aku nak pergi gmart dengan adeq.. dya pun jumpa laa aku kat gmart... lepas beli barang kat gmart dekat moto dya tarik tangan aku dah tanya lepas ni kita nak p mana... itulah kali pertama dya pegang tangan aku... kami pun pilih laa untuk p bandar perdana... masa 2 ya allah hanya Allah saja yang keadaan aku masa 2 xdak mood gila dengan orang keliling dok tengok kami... dah laa tudung xjadi masa 2 lagi serabut pala... sebelum balek kami tangkap laa gambar apa suma... tapi xnak laa aku post gambar kat blog ni buruk muka macam kanak2 ribena..

29/5/2013: kita jumpa lagi buat kali yang keempat... masa 2 aku nak p bank bayar bil... aku tunggu dya lama sangat kat bank dya xjugak sampai dekat bank.. elok habis segala urusan pembayaran baru laa dya mai...
kami pun pergi laa tesco untuk makan apa semua... kali ni aku belanja dya makan pulak.. kami makan bakso.. dekat tesco ramai sangat aku nampak orang2 yang aku kenai... ya allah dalam hati ni takot sangat kalau2 ada orang bagitahu dekat mama n abah aku mengatakan aku keluar dengan laki... lepas balek dari tesco kami p gmart balek beli barang2 cikit.. dya pun sanggup ikut aku p mana sahaja...




30/5/2013: pagi 2 aku bagitahu kat mak aku yang aku kapel dengan irfan... kata2 mak aku yang mengatakan mak aku xberkenan dengan si irfan atas alasan dya jarang solat membuatkan hati aku ni rasa sedih sangat... aku pun beritahu dya tentang ni dya pun terkejut..dya cakap xpatut mama buat macam tanpa memberi dya peluang untuk berubah... pagi 2 k.haiza bawak aku p pantai merdeka.. sambil mencari ketenangan aku pun mesej dya... aku cakap aku nak sangat jumpa dya sebelum dya balek penang... dya pun datang jumpa dengan aku... perasaan kami masa 2 dibuai dengan kesdihan yang melanda.. dengan hujan yang turun waktu 2 turut sama mengiringi kesedihan kami... aku mengalirkan air mata aku depan dya sendiri... sebelum balek dya suruh aku salam dya.. aku pun salam dya dengan hati yang sedih sangat pada waktu 2 adakah aku akan berjumpa dengan dya lagi... banyak persoalan bermain di dalam pemikiranku adakah salam aku tadi salam terakhir buatku... ya allah xsanggup bagiku untuk berpisah dengannya...

31/5/2013: si irfan jatuh sakit.. dya diberi ubat demam, antibiotik, stress n suntikan denggi... sedih aku waktu 2 xsanggup dengar dya sakit... walaupun xtengok keadaan dya tapi dengar jeaa suara dya membuatkan aku rasa susah hati sangat... dya cakap dekat hospital ada sesi kaunseling untuk remaja.. dia dipaksa untuk cerita  masalah dya.. dari gaya dya cerita tentang doktor 2 teringin sangat aku nak jumpa doktor 2.. baek sungguh hati doktor 2.. bila laa aku dapat berjumpa dengan doktor sebaek 2 kan..

1/6/2013: aku menjauhkan diri aku daripada si irfan.. aku sayang sangat kat dya tapi demi kebahagiaan mama aku terpaksa mengorbankan hati dan perasaan untuk melepaskan irfan pergi dari hidup aku... mama mengandungkan aku 9bulan, syurga aku sekarang ni masih lagi di bwah telapak kaki mama.. tapi apakan daya hati aku rindu sangat akan dirinya.. xsanggup aku untuk berpisah dengannya sebab dya dah berjaya membuka hati kecil aku ini.. dya dah berjaya membuatkan aku bahagia disampingnya.. dya berjaya menceriakan hidup aku semula..

banyak benda yang aku dah lalui dengannya hanya tarikh yang penting buatku jeaa ingatan aku masih segar bugar sehingga sekarang.. dya menetapkan tarikh keramat kami pada 5/5/2013 sebab dya cakap masa 2 dya nak meluahkan perasaan dya dah tapi disebabkan dya melihat aku tidak serius dya melupakan niat jeaa.. akan aku ingat bertarikh 5/5/2013 seumur hidupku.. 

b, cyg akan tunggu b.. andai ditakdirkan kita tiada jodoh didunia insyaallah di akhirat pasti kita akan bersama.. cyg akan terima b seandainya b datang menjemput cyg nanti.. b, cyg sayang sangat kat b.. cyg rindu b sangat2... b jaga diri n kesihatan b demi cyg yeaa...

>irfan@hayati<




Friday 31 May 2013

menyiksa jiwa dan raga

assalamualaikum pembuka bicara kepada pembaca blog aku ni.. 
dh lama aku xmengupdates blog ni mcam2 masalah yang timbul buat diriku sampai aku kapel dengan seseorang pun aku xupdates dalam blog ni...dengan kemalasan aku yang melanda n tekanan yang menyakitkan aku xupdates blog ni
 ya allah bnyaknya dugaan yang bertubi-tubi dok menimpa aku... apa dosaku kepada mu ya allah... ? berat sungguh dugaan yang kau berikan untuk aku dengan irfan..mama xmerestui hubungan aku dengan irfan atas alasan dya jarang solat...ya allah apa yang singkat sangat pemikiran mama aku ini... "SEMUA MANUSIA BOLEH BERUBAH".. kenapa mama xberi peluang utuk irfan buktikan yang dya dah berubah mampu menjaga aku dengan baek.. 
ya allah kau bukakan pintu hati mama aku untuk merestui hubungan aku dengan irfan..aku mohon kepadamu ya allah perkenankanlah doa hambamu yang hina ini ya allah