Click here for Myspace Layouts

Sunday 28 October 2012

bahagia


>awak tahu tak saya rindu awak...
>awak tahu tak saya sayang awak...
   >awak tahu tak saya dah jatuh hati pada awak...
hati saya tak keruan bila awak senyum pada orang lain..simpanlah senyuman awak itu ia sangat "berharga"dan ternilai...kerna senyuman mu "hatiku rindu ".........:) ....♥..♥..♥



Friday 26 October 2012

Kerana Aku Mencintai Mu..


“Kerana Aku Mencintaimu”
Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,

bukan keran ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….


Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~

Thursday 25 October 2012

Apa Khabar Jodohku..



Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

Tolong Beritahu Jodohku



Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua 


Thursday 18 October 2012

BOSAN

assalamualaikum n gud 9 you all...
hehehe hr ni aku updates blog ni malam2... :)
maklum laa tngan ni gatai + rajin sangat nak taip...tapi baca buku pergghh MALAS GILERR
hari ini korang2 suma hat tengah dOk baca ni sihat x...? mesti laa sihat kan kalau x xdak laa ampa ni sanggup menghadap laptop baca blog kan...hehehe ^^

okey2 malam ni aku tersangat laa bosan..xtau nak watpe nak study mood malas berbenor..bukak fb "sayang" aku deactive fb pulak...wahai laa MAKSU aku yg disayangi mengapa laa kau deactive fb arkk... kesian kat aku tau dak online laa sorang2..kalau x boleh laa aku gaduh2 ngan ang...huhuhu memang bosan kalau ang xdak wei...kalau ampa suma nak tau aku cakap "ang aku" jeaa dengan MAKSU aku...huhuhu kurang ajar dak aku ni...tapi MAKSU mcm MAK TAM aku laa jenis xkisah pown lg pOwn kami bertiga memang rapat.. kalau MAK TAM aku ada fb kan best...hehehe hari2 aku gaduh2 manja dengan depa... apa pun LOVE U untuk ampa dua...SAYANG AMPA KETAT2... muahhhh setempek kat pipi lembut ampa 2...hehehe <3

okey kita stop citer pasai sayang aku 2...laa ni aku nak citer pasai sorang hamba allah ni yg menjadi kawan baek aku jugak laa..ya allah sakitnya hati ni xtau nak kata laa...punya laa sOmbong ya rabbi...dah laa online kot laa nak tegur kaa apa kaa ni x pOwn...mana aku xterkilan kalau lagu ni...apa pOwn ang tetap kawan aku selamanya..aku sayang ang sangat2...hehehe :)

okey berbalik pada title aku di atas 2 "BOSAN"....hehehe tadi ampa dah baca kan apa aku taip pnjang lebar 2...see..:) nmpak kan xdak kaitan dengan tajuk bosan aku...aku pown sebenarnya pening ni apa yg aku  taip...apa pown aku memang bosan laa sekarang ni...dah arkk kalau aku yg taip baca pown pening ampa lagi2 laa pening kan...aku minta ampun dan maaf laa yeaa apa yang aku tulis telah memeningkan pala korang suma yang memang tengah pening dah...hehehe harap dimaafi... 

~mata xlarat nak celik tapi gagah batman nak updates gak...2 sebab aku taip xpaham satu apa pOwn~

daa selamat malam sayang2 ku semua yang sudi baca blog aku ni
hehehe peace ^_^

Sunday 14 October 2012

I need strength

assalamualaikum sayang2 sekalian...

tengah buat apa 2..? korek taik hidung kaa or tengah buang makanan terlekat celah gigi...hehehe sOri gurau jeaa.. jangan marah nanti cepat tua... kalau nak kekalkan awet muda senyum2 lah selalu yeaa... bagi tips 2 amek jangan xamek pulak... :)

okey kita berbalek pada tajuk di atas "I need strength"..alahai  maklum laa dekat2 nak exam ni macam2 benda yang xdijangka akan berlaku...so aku kena laa siap sedia (macam kawad pulak) dari sekarang... ermm aku sebenarnya nak citer benda lain ni tapi dok melalut benda lain pulak... mesti ampa pening kan...sori laa nerr tangan yang taip otak xboleh nak fikir apa dah terus taip jeaa... sebenarnya aku nak habaq yang aku sakit perut dah dekat 2 minggu lebih rasanya... nak kata segugut x tapi entah laa... ajak mak aku p check ermm mak aku buat don't know jeaa...hampeh betoi kesian kat aku..dOk laa menanggung kesakitan...  tapi nasib baek laa dia xmenjejaskan aku untuk ke sekolah...boleh lagi laa aku dok gagah p sekolah sebab xterok mana pun..cuma sabtu lepas masa aku ada kat kampung time 2 laa terok bangat sakit perut aku ni... then sok 2 ahad aku p sekolah...lupa laa pulak hari 2 ada perhimpunan...haishh xtau laa bapa puluh kali aku dok bangun duduk, bangun duduk...ermm rasa nak muntah nak pengsan suma ada complete...tapi lepas perhimpunan okey laa cikit sakit 2... sekarang ni aku xtau laa hampir setiap malam aku tidur awai dek kerana sakit perut aku ni nasib baek laa lepas tidur dia lega..aku pun kunci laa jam pukui sekian2 untuk bangun siapkan aku punya homework n study cikit...cikit jeaa laa study  xbanyak mana pun...ada yang masuk dalam pala otak ada yang x...huhuhu

aku harap sakit perut aku ni xberlarutan sampai exam laa...xtahan dek oiii...penat dok menanggungnya...kalau xterok xpe ni kena dya mai hat terok jenuh aku dok tahan sakit 2..dah laa ubat tahan sakit dah abiz..bekalan ubat kat umah aku sumanya dah abiz...maklum laa time bekalan ubat banyak dia xmo sakit time bekalan ubat xdak laa dya nak sakit..ermm macam 2 lumrah kehidupan...

ya allah ya tuhanku aku memohon kepada mu ya rabb kau berilah kekuatan kepadaku untuk agar sentiasa tabah serta kuat dalam menghadapi dugaan mu ya rabb..