Click here for Myspace Layouts

Wednesday 5 December 2012

exam

hye assalamualaikum...
bertemu kembali kita di laman blog cahaya hidupku.. lama kan aku xupdates blog ni huhuhu rasa macam malas laa pulak.. malam ni aku xtahu nak buat apa, bosan derr.. nak bukak fb?? ermm xnak laa biar laa aku deactive fb 2 buat sementara waktu setelah apa yang terjadi baru-baru ni.. so aku bukak blog aku yang dah bersawang ni... actually aku xtahu nak updates apa malam ni.. ermm disebabkan aku dah sampai tahap bosan yang melampau so aku story sikit laa kat korang bab exam..okey al-kisahhhh

exam STPM adalah exam penentu masa depan aku... huhhh boleh tekanan jiwa jugak dok memikirkannya.. korang2 semua nak tahu bila exam aku start..??? exam aku start pada 19/11/2012.. tarikh 19 adalah tarikh aku start kapel dengan ex aku iaitu  
AKHMAR NASIR... nama 2 xakan pernah aku lupa dalam kamus hidupku.. nama yang pernah memberikan cinta dan sayangnya padaku.. tapi sekarang dah xdak lagi semua 2  sekarang dah 7 bulan lebih aku dah terpisah dengannya.. aku bersyukur sangat pada tarikh start aku exam 2, segala kekuatan yang entah dari mana datangnya menyelubungi tubuhku seperti tidak ada apa2 yang berkaitan tarikh 2.. pada waktu 2 hanya aku fokus pada exam saja..korang nak tahu no angka giliran aku pun no 19 iaitu SK05351019... nampak sangat aku xboleh terlepas dari tarikh 2... tapi sekarang alhamdulillah aku dah boleh laluinya dengan tabah dan kuat.. insyaallah Allah sentiasa bersama denganku..

sekarang ni aku dah habis menjawab 7 paper.. hanya tinggal 1 saja lagi untuk aku bebas dari tekanan n beban otak aku.. nak menunggu 12/12/12 ya allah punya laa lama.. macam aku nak menunggu detik perkahwinan aku laa pulak..hahaha tapi best gak kan kalau kahwin tarikh 2 sebab nanti mana ada dah 13/13/13 n seterusnya.. bestnya
AKU NAK KAHWIN hahaha ... sudah2 astagfirullah ha azim kalau boleh aku dok merepek sorang2 ni boleh jadi kerja jugak.. okey kita sambung balek story, ermm setakat ni dah 7 paper boleh laa jawab ada jugak laa aku xsempat nak buat.. nak buat macam mana aku banyak menghabiskan masa kat satu2 soalan.. 2 yang jadi aku xsempat nak buat.. hanya mampu bertawakal jeaa laa.. kalau ditakdirkan result aku elok alhamdulillah, jika sebaliknya redha jeaa laa dengan takdir mungkin ada hikmah di sebalik kegagalan aku ni..

buat pertama kalinya sejak aku naek sekolah menengah exam kali ni sebelah aku lelaki budark sekolah rendah pulak.. tapi awat aku xingat erk...?? cepat nyanyuk betoi laa aku ni... bapa puluh kali dah aku dok ingatkan balek tetapi tetap jugak xingat buat sakit otak jeaa dok fikir... tapi kan lelaki 2 gemuk aku suka hehehe nampak comel... aku suka lelaki yang berisi nampak comel n syoikkk nanti nak peluk dia macam peluk teddy bear.. ^_^ ya allah sampai ke situ pulak aku ni melalut.. okey continue balek.. buat pertama kalinya jugak laa aku exam dok depan sekali.. ya allah rasa lain laa pulak dok depan xboleh nak tengok gelagat orang... bosan pulak aku dok tengok cikgu2 hat dok jaga 2.. tapi ketua pengawas hat dok jaga 2 kalau sekali dia senyum boleh tergugat jugak iman aku ni... boleh jadi dia sumber inspirasi aku untuk aku jawab exam dah laa gemuk pulak 2 memang taste aku laa...hahaha

k.ark ampa suma.. aku dah ketandusan idea ni xtahu nak taip apa lagi... jika ampa semua xsuka dengan story aku kali ni aku minta maaf aku bukanlah budark hot stuff ramai orang suka di setiap ayat yang aku buat n aku jugak bukanlah ada peminat macam artis.. k daa semua i love u , selamat malam n assalamualaikum ^_^
Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami di syurga nanti
(ya allah aku terlalu rindu sangat dekat dia)

Saturday 3 November 2012

dating with fazera n nashriq

assalamualaikum n selamat malam.. :)
hehehe malam ni baru gatai tangan nak updates blog ni...entah mimpi apa xtau maybe keluar date semalam kot...ermm sebenarnya aku xtau nak mula cerita dari mana ni tapi biar laa aku bg tahu dari A sampai Z macam mana boleh tergerak hati nak keluar...okey malam 2 entah laa hari apa xtau...aku mengidam nak makan kfc laa pulak...so aku bg tahu laa kat adeq aqkat sorang ni and then dya cakap "jOm laa keluar hari sabtu"...punya kempunan xterkata aku pOwn cakap "kenapa laa hari sabtu awat x hari jumaat" hehehe terok kan aku tapi mang aku nak hari jumaat pOwn coz my mOm hantar adeq aku p solat jumaat then senang laa my mOm nak hantar aku sekali dah alang2 nak p taman sejati gak..cik fazera 2 pOwn xcakap banyak dya on jeaa n dya suruh ajak mat jambu 2 sekali (nashriq) hehehe my best friend dari dulu hingga sekarang setelah lima tahun terpisah sejak form 1 until form 5 tanpa khabar berita then jumpa balek masa umur aku 18 tahun... malas aku nak citer panjang lebar next time aku citer macam mana boleh terjumpa balek...okey continue balek cerita pasai dating kelmarin..aku pun mesej laa mat jambu 2 ajak dya keluar...cepat pulak dya balas mesej aku hari 2 kalau x lambat giler aku dOk menunggu mesej dya...dya pOwn okey jeaa n kami pown keluar laa kemarin lepas jumaat set time..okey lepas jeaa p amek adeq aku dari masjid kami pOwn terus laa ke tempat yang ingin ditujui iaitu KFC TAMAN SEJATI... kereta diberhenti depan KFC 2 aku pown malas nak masuk lagi, aku dengan cik fazera pOwn jalan laa terkedek-kedek menuju parkson...sampai jeaa parkson aku tengok banyak tempat kosong...fikiranku dalam kepala masa 2 apa hendak ditutup dah kaa parkson ni...tekaan aku silap diaorang nak renovate apa xtau...okey sambung balek lepas selesai beli barang kat giant dalam parkson 2 so kami dua menuju laa kfc sementara menunggu kawan kesayangan aku 2 sampai..selesai jeaa order makanan apa semua muncul si mamat 2 kat belakang kami...hehehe time 2 awat aku jadi kekok xtau jumpa dia malu pOwn ada...padahal dia salu mai umah aku xdak pown rasa malu kaa apa kaa...hahhh sudah terpaksa laa aku kawal diri aku ni...amek jeaa order 2 kami pOwn naek atas cari tempat...si fazera ni pulak jebon betoi yang p duduk depan aku 2 sapa suruh...si mamat 2 pOwn duduk laa sebelah aku...masa 2 mula laa dalam kepala ni teringat balek kenangan aku dengan si akhmar nasir  makan KFC...ermm yang lepas biarlah lepas malas nak ingat balek...okey sambung balek kami pOwn makan laa dah alang2 2 aku suruh laa si fazera ni snap gambar aku tengah makan..budark 2 memang menyakitkan hati aku betoi dia pOwn tangkap laa gambar aku dengan si nashriq...tapi dalam hati bagai bunga mekar semula kesan luka dalam hati macam dah terawat balek....entah laa happy jeaa tapi MALU  ...tambah2 dya suruh si fazera 2 tangkap gambar dya tengah suap ayam kat aku padahal x pOwn action jeaa....tengOk gambar kat bawah ni



muka nak tergelak sebenarnya terpaksa aku cover cikit malu dOhh...tengOk baju kami sama kan kaler hitam padahal xberjanji pOwn..2 pOwn last minit aku tukar baju...



kepelikkan di wajahku sedang melanda...biar betOi mamat ni...hahaha tapi ^_^
okEy lepas jeaa makan kami snap gambar banyak 2 pOwn si mamat ni yang minta...



lepas jeaa makan adeq ajak g maen bowling...aku pOwn jalan laa kaki dengan adeq yang kawan 2 naek moto..kami sampai dulu kat tempat bowling, si mamat 2 xsampai lagi..lambat berbenor laa dya 2..rupa-rupanya dia singgah kedai buku kat sebelah kfc punya lama...sebelum masuk dalam bowling 2 snap gmbar kat luar dulu..

masuk jeaa dalam bowling 2 perghhh full...so kami pOwn jalan2 g bowling hat yang baru kat bangunan belah sana...dah alang2 tgkap gmbar lg...bowling kat situ bukak pukui 5 kami pOwn patah balek laa..hehehe pas 2 tetiba pulak hujan si mamat 2 minta balek dya nak g cari barang coz nanti hujan lebat...aku pown mesej laa kat my mOm cakap nak balek..mama aku cakap tnggu kat situ sampai pukui 5.30 ada keje...terpaksa laa tggu sampai sejam...aku ngan fazera masuk laa dalam bowling dek kerana ujan lebat then kami pOwn maen laa game...

akhirnya kami pOwn balek laa....selesai jugak aku cerita kat ampa dari A sampai Z...hehehe apa pOwn kenangan kemarin xdapat aku lupakan...best plus happy sangat2...thankz yeaa adeq dah buat akak hepi n thankz jugak coz dah belanja akak makan kfc...buat si nash yg di sayangi thankz dah buat yaty hepi sangat2... ^_^

k ark aku stop sampai sini dulu coretan aku ni...kalau rajin tinggalkan laa kOmen...daa ^_^





 

Sunday 28 October 2012

bahagia


>awak tahu tak saya rindu awak...
>awak tahu tak saya sayang awak...
   >awak tahu tak saya dah jatuh hati pada awak...
hati saya tak keruan bila awak senyum pada orang lain..simpanlah senyuman awak itu ia sangat "berharga"dan ternilai...kerna senyuman mu "hatiku rindu ".........:) ....♥..♥..♥



Friday 26 October 2012

Kerana Aku Mencintai Mu..


“Kerana Aku Mencintaimu”
Kerana aku mencintaimu, maka aku ingin menjagamu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin terlalu dekat denganmu
Kerana aku mencintaimu, aku tak ingin menyakitimu
Kerana cintaku padamu,
Tak akan ku biarkan cermin hatimu menjadi suram
Tak akan ku biarkan telaga jiwamu menjadi keruh
Tak akan ku biarkan perisai qalbumu menjadi retak, bahkan pecah

Kerana cinta ini,
Ku tak ingin mengusik ketenteraman batinmu,
Ku tak ingin mempesonakan mu,
Ku tak ingin membuatmu simpati dan kagum,
Atau pun menaruh harap padaku.
Maka biarlah……
Aku bersikap tegas padamu,
Biarlah aku seolah acuh tak memperhatikanmu,
Biarkan aku bersikap dingin,
Tidak mengapa kau tidak menyukai aku,
Bahkan membenciku sekali pun, tidak masalah bagiku….
Semua itu kerana aku mencintaimu,
Demi keselamatanmu,
Demi kemuliaanmu.

Sebab…
Ada kekasih yang membuktikan cintanya dengan jutaan kalimat pujian dan rayuan….
Ada pula dengan sikap nan penuh kasih..
Tidak sedikit dengan pengorbanan yang meluluh lantakkan harga diri..
Ada pula dengan berkorban tenaga dan harta…..
Namun bagiku… Aku mecintai mu dengan menundukkan wajahku pada mu,
bukan karena ku ingin berpaling darimu,
tetapi kerana ku ingin menjaga pandanganmu dari panahan iblis..
Ku mecintaimu dengan tidak melemah lembutkan suaraku padamu,
bukan kerana aku ingin menyakitimu,
namun kerana aku ingin menjaga hatimu dari bisikan syaitan yang menipu..
Ku mencintaimu dengan menjauh darimu,

bukan keran ku membencimu….
Namun kerana ku ingin menjaga mu dari khalwat yang menjebak..
Ku mencintaimu dengan menjaga diri mu dan diriku…..
Menjaga kesucianmu dan kesucianku…..
Menjaga kehormatanmu dan kehormatanku…..
Menjaga kejernihan hatimu dan hatiku….


Cinta.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu cinta…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~

Thursday 25 October 2012

Apa Khabar Jodohku..



Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?

Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..
Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?

Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?

Jodohku, sihatkah kamu?
Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.

Jodohku sabar dan tenanglah..
Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapdisini aku berharap kamu baik-baik saja..

Jodohku, aku rindu..
Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Jodohku…
Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..
Apa perubahan  yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?
Aku berharap seperti itu, Jodohku..
disetiap langkahku dan seusai solatku..
ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..
Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..
Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..

Jodohku..
nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas

Jodohku..
Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah membahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu.. Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu..

Jodohku..
kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dengan buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…
Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…

Jodohku..
Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,
Ingatlah sayang..
aku selalu ada untukmu..
Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..

Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.
Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

Tolong Beritahu Jodohku



Tolong beritahu jodohku, aku ada beberapa pesanan untuknya,
Tolong beritahu jodohku, cinta agung lagi suci adalah cinta dariNya,
Tolong beritahu jodohku, cinta pada manusia boleh buatnya lupa
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mencintaiku lebih dari yang Maha Esa,
Tolong nasihatkan jodohku, jangan merinduiku lebih dari Maha Pencipta
Tolong nasihatkan jodohku, jangan mendoakanku lebih dari ibu bapanya.
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga,
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong katakan pada jodohku, dahulukan yang wajib, kerana itu jalan hendak ke syurga
Tolong ingatkan pada jodohku, aku terpikat kerana imannya bukan paras rupa
Tolong ingatkan jodohku, aku lebih mencintai zuhudnya bukan hartanya
Tolong ingatkan jodohku, aku menyayanginya kerana budi bahasanya
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegurkan  jodohku, bila beliau mula tenggelam dengan angan-angannya
Tolong tegurkan  jodohku, andai nafsu mula mengawal fikirannya
Tolong sedarkan jodohku, aku milik yang Maha Pencipta
Tolong sedarkan jodohku, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan jodohku, tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan jodohku, usah ucap cinta andai cita-cita belum tercapai..
Tolong sabarkan jodohku, usah dekati diri ini kerana bimbang diri terlalai..
Tolong sabarkan jodohku, usah bimbang tentang jarak antara kita..
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi fitnah besar pada dirinya
Tolong pesan pada jodohku, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan pada jodohku, biarlah Maha Pencipta menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku tidak mahu membuat dia terleka
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu melihat dia berjaya dalam cita-citanya
Tolong khabarkan pada jodohku, aku mahu dia jadi penyokong kejayaanku.
Tolong sampaikan pada jodohku, aku mendambakan cinta suci dan luhur darinya
Tolong sampaikan pada jodohku, mencintaiku kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada jodohku, hubungan ini akan terjaga selagi dia menjadi hubungan dengan yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada jodohku, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri.
Siapakah jodohku? Di manakah dia berada? Hanya Allah yang tahu. Hanya kepadaMu aku berserah akan jodohku. Sampaikan pesanan ini padanya walaupun aku masih belum mengetahui siapa jodohku. Insyallah jodohku, satu hari nanti dengan izin Allah, kita pasti akan bertemu jua 


Thursday 18 October 2012

BOSAN

assalamualaikum n gud 9 you all...
hehehe hr ni aku updates blog ni malam2... :)
maklum laa tngan ni gatai + rajin sangat nak taip...tapi baca buku pergghh MALAS GILERR
hari ini korang2 suma hat tengah dOk baca ni sihat x...? mesti laa sihat kan kalau x xdak laa ampa ni sanggup menghadap laptop baca blog kan...hehehe ^^

okey2 malam ni aku tersangat laa bosan..xtau nak watpe nak study mood malas berbenor..bukak fb "sayang" aku deactive fb pulak...wahai laa MAKSU aku yg disayangi mengapa laa kau deactive fb arkk... kesian kat aku tau dak online laa sorang2..kalau x boleh laa aku gaduh2 ngan ang...huhuhu memang bosan kalau ang xdak wei...kalau ampa suma nak tau aku cakap "ang aku" jeaa dengan MAKSU aku...huhuhu kurang ajar dak aku ni...tapi MAKSU mcm MAK TAM aku laa jenis xkisah pown lg pOwn kami bertiga memang rapat.. kalau MAK TAM aku ada fb kan best...hehehe hari2 aku gaduh2 manja dengan depa... apa pun LOVE U untuk ampa dua...SAYANG AMPA KETAT2... muahhhh setempek kat pipi lembut ampa 2...hehehe <3

okey kita stop citer pasai sayang aku 2...laa ni aku nak citer pasai sorang hamba allah ni yg menjadi kawan baek aku jugak laa..ya allah sakitnya hati ni xtau nak kata laa...punya laa sOmbong ya rabbi...dah laa online kot laa nak tegur kaa apa kaa ni x pOwn...mana aku xterkilan kalau lagu ni...apa pOwn ang tetap kawan aku selamanya..aku sayang ang sangat2...hehehe :)

okey berbalik pada title aku di atas 2 "BOSAN"....hehehe tadi ampa dah baca kan apa aku taip pnjang lebar 2...see..:) nmpak kan xdak kaitan dengan tajuk bosan aku...aku pown sebenarnya pening ni apa yg aku  taip...apa pown aku memang bosan laa sekarang ni...dah arkk kalau aku yg taip baca pown pening ampa lagi2 laa pening kan...aku minta ampun dan maaf laa yeaa apa yang aku tulis telah memeningkan pala korang suma yang memang tengah pening dah...hehehe harap dimaafi... 

~mata xlarat nak celik tapi gagah batman nak updates gak...2 sebab aku taip xpaham satu apa pOwn~

daa selamat malam sayang2 ku semua yang sudi baca blog aku ni
hehehe peace ^_^

Sunday 14 October 2012

I need strength

assalamualaikum sayang2 sekalian...

tengah buat apa 2..? korek taik hidung kaa or tengah buang makanan terlekat celah gigi...hehehe sOri gurau jeaa.. jangan marah nanti cepat tua... kalau nak kekalkan awet muda senyum2 lah selalu yeaa... bagi tips 2 amek jangan xamek pulak... :)

okey kita berbalek pada tajuk di atas "I need strength"..alahai  maklum laa dekat2 nak exam ni macam2 benda yang xdijangka akan berlaku...so aku kena laa siap sedia (macam kawad pulak) dari sekarang... ermm aku sebenarnya nak citer benda lain ni tapi dok melalut benda lain pulak... mesti ampa pening kan...sori laa nerr tangan yang taip otak xboleh nak fikir apa dah terus taip jeaa... sebenarnya aku nak habaq yang aku sakit perut dah dekat 2 minggu lebih rasanya... nak kata segugut x tapi entah laa... ajak mak aku p check ermm mak aku buat don't know jeaa...hampeh betoi kesian kat aku..dOk laa menanggung kesakitan...  tapi nasib baek laa dia xmenjejaskan aku untuk ke sekolah...boleh lagi laa aku dok gagah p sekolah sebab xterok mana pun..cuma sabtu lepas masa aku ada kat kampung time 2 laa terok bangat sakit perut aku ni... then sok 2 ahad aku p sekolah...lupa laa pulak hari 2 ada perhimpunan...haishh xtau laa bapa puluh kali aku dok bangun duduk, bangun duduk...ermm rasa nak muntah nak pengsan suma ada complete...tapi lepas perhimpunan okey laa cikit sakit 2... sekarang ni aku xtau laa hampir setiap malam aku tidur awai dek kerana sakit perut aku ni nasib baek laa lepas tidur dia lega..aku pun kunci laa jam pukui sekian2 untuk bangun siapkan aku punya homework n study cikit...cikit jeaa laa study  xbanyak mana pun...ada yang masuk dalam pala otak ada yang x...huhuhu

aku harap sakit perut aku ni xberlarutan sampai exam laa...xtahan dek oiii...penat dok menanggungnya...kalau xterok xpe ni kena dya mai hat terok jenuh aku dok tahan sakit 2..dah laa ubat tahan sakit dah abiz..bekalan ubat kat umah aku sumanya dah abiz...maklum laa time bekalan ubat banyak dia xmo sakit time bekalan ubat xdak laa dya nak sakit..ermm macam 2 lumrah kehidupan...

ya allah ya tuhanku aku memohon kepada mu ya rabb kau berilah kekuatan kepadaku untuk agar sentiasa tabah serta kuat dalam menghadapi dugaan mu ya rabb.. 

Saturday 29 September 2012

blog baru ^_^

hye assalamualaikum kepada pembaca yang singgah di blog CAHAYA HIDUPKU ini...dah lama kan aku xupdates blOg ni..mesti kOrang tertanya-tanya kenapa laa aku xupdates lama sangat ni...maaf laa disebabkan kekangan masa dan kemalasan yang berganda-ganda untuk menaip...hehehe ^_^ 
okey disebabkan hari ini aku terlalu rajin sangat xtau laa sebab apa sampai aku buat pengubahsuaian kat blOg aku ni...see2 laa blOg aku ni...cOmey x kalau cOmey sila laa like...:) kalau xcOmey dOk diam n p maen jauh2 norhh xmau kawan ngan orang yang sOmbong macam ampa huhhh...hehehe melalut pulak aku ni...maaf yeaa kawan2...:)
okey2 kOrang semua mesti nak taw kan apa perkembangan aku laa ni...okEy aku nak citer kat ampa ni..aku baru jeaa abiz trial n dah dapat dah pOwn semua paper exam...result aku kali ini terOk benOr...semuanya menurun termasuk laa MUET yg aku wat bulan julai hr 2..jatuh band terOz..hanya ALLAH yang tahu perasaan aku masa 2...air mata ni xtahu laa bapa banyak dah dOk menitis..bertapa hancur berkecainya hati ni macam botol kaca jatuh berkecai...sesungguhnya aku malu nak p sekOlah..aku malu dekat kawan2 aku..aku xpandai macam depa semua...mesti depa semua pandang aku sebelah mata jeaa kan..ermm stop xnak citer g nak nangis..ermmmm :'(
walau apapun yang terjadi aku mesti kuatkan semangat aku ni untuk terus berjaya dan xberputus asa dalam mengejar ilmu...insyaallah bulan 3 tahun depan aku nak buktikan pada mak aku yang aku akan naik pentas jugak macam kawan2 aku yang pandai2..dan aku dOakan kawan2 aku semua akan naik pentas jugak buktikan pada cikgu2 dan pecahkan rekOd yang budark CHE TOM boleh berjaya..yeahhh ^_^

k ark aku stOp sampai sini dulu...xlarat nak bersengkang mata depan laptop ni...daa sayang2 ku semua muaahhh setempek kat pipi ampa <3

Tuesday 10 July 2012

HACKS

Hari ini aku sedar bahawa janji itu juga cuma sebahagian dari kata-kata..
Dapat diubah, boleh juga untuk dilupakan..
Memberi janji mungkin mudah untuk melupakan..
Tapi menerima janji sampai mati diingati..
Ada waktunya janji juga menjerut hati sendiri..
Semata-mata untuk kegembiraan orang yang kita cintai..

HACKS <3

Saturday 23 June 2012

MENANGISLAH...





Assalamu'alaikum...

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangisan:

· Menangis kerana terlalu sedih.

· Menangis kerana terasa hina dan lemah

· Menangis untuk mendapat belas kasihan orang

· Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis

· Menangis orang munafik - pura-pura menangis

· Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati

· Menangis kerana rasa takut

· Menangis kerana cinta

· Menangis kerana gembira

· Menangis kerana menghadapi penderitaan.


"..Dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)


Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil, namun ia tidak pernah kering, ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Jika air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.

Menangis tercela atau terpuji??? Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat dipuji dan dituntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api neraka. Rasulullah saw bersabda: Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan dikotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan. Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya, lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut:
· Janganlah menangis kalau tidak tercapai cita-cita. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

· Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas, mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

· Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

· Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Dari itu...?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Wednesday 30 May 2012

dating :)

elooo2 semua..hye awak2 yg cantik manis..:) 
assalamualaikum..:)
hari ni aku nak citer cikit berkenaan siang tadi..aku keluar date dengan kawan2..hehe best owhh keluar dengan depa..bukan senang nak keluar ngan depa..dah dapat keluar seronOk xterkira arkk..aku keluar dengan sue,opie n fazera..hehe xcaya tengOk pic ni...


molek2 kan kami..tengOk laa anak dara sape...hehehe:) tadi p cs ampa nak taw aku xbawak keluar satu sen pun duit..semuanya adik angkat(fazera) aku belanja..thankz syg dah belanja akak minum,aiskrim n tengOk wayang citer "aku ada,kau ada"..best owhhh citer 2..yana samsudin ngan shaheizy sam berlakon memang gempak arkk..citer 2 lakOn kat kOrea kOt..best arkk tengOk bunga2 sakura kat dalam citer 2 kaler putih lawanya...:) keluar gak laa air mata aku tengok citer 2 tang babak yana samsudin dOk nyanyi sowg2 kat pokok sakura 2..huhu layan feeling sat time 2..apa pun aku hepi sangat dapat keluar dengan kawan2 aku..:) thankz semua aku sayang ampa semua ampa laa kawan2 aku dunia dan akhirat..<3 <3 <3 mmmuaawhh tOk ampa..:) ampa laa kawan sejati aku susah dan senang sentiasa ada di samping aku..walaupun aku ni jahat tapi ampa tetap gak nak kawan dengan aku...aku bersyukur sangat dapat kawan macam ampa..aku harap hubungan sebagai kawan sejati akan kekal yeaa suraya,syieda,opie n paan..terima kasih ALLAH kau dah kurniakan kepadaku kawan2 yang hati tulus dan ikhlas berkawan dengan ku..sesungguhnya aku xmampu nak balas kebaekan mereka terhadap ku hanya kau saja yang mampu balas segala kebaikan mereka..amin..:)

ermm sepanjang dOk cs hati aku sedih sangat..hanya luaran saja yang nampak aku seorang yang ceria tapi dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu..YA ALLAH bertapa tersiksa jiwaku apabila kesedihan telah melanda...aku teringat kenanganku bersama dengan si dia masa first time kami berjumpa di cs..kenangan yang paling bahagia n manis time 2..aku rindu dia..:'( sepanjang dOk dalam cs 2 aku bOleh tahan lagi air mata aku ni tapi bila masuk jeaa dalam wayang YA ALLAH aku xdapat tahan lagi..bila aku duduk jeaa dalam bape saat tupp2 air mataku terus keluar dengan pantas..kenangan tengOk wayang bersama dengan si dia telah mengimbau kembali..sungguh aku rindu dia sangat2..entah laa tapi aku kawal jugak perasaan aku sebab aku nak fokus tengOk citer dalam 2...huhu dah xmO sedih2 lagi..cukup2 laa..biaa laa kenangan aku bersama dengan si dia menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku..macam lagu kenangan terindah..hehehe:) 

oppss sOey2 feeling japp..kita sambung balek citer..lepas tengOk wayang 2 kami terOz p kedai button..p amek button yang nak pakai masa kenduri mama ni..huhu lepas 2 kan terOz balek..dalam on the way nak balek 2 aku terpandang kat kedai yang si dia beli bear2 tOk aku..YA ALLAH macam nak pengsan jeaa...nasib baek air mata ni xkeluar kalau x malu jeaa kat orang ramai..huhu dh2 yaty sabar2..ok2 aku terOzz lagi citer aku ni lepass 2 kami p beli aiskrim apa nma aiskrim 2 pOwn aku dah lupa apa cOrnetto xtaw..sedap gak laa fazera yang belanja..hehe:) n last sekali kami pOwn balek laa..tunggu laa mak aku dalam bape minit jeaa mak aku pOwn sampai..huhu yang paling xtahan sampai umah masuk bilik aku nangis lagi..huhu apa laa nak jadi dengan aku ni..xkuat betOi..dan tadi petang rasa macam nak demam jeaa..aku masak bubur nasi makan panas2..keluar habis peluh2 ni macam mandi peluh..lega sikit..xlaa rasa nak demam dah..huhu apa pOwn biaa laa kenangan ni tetap kenangan..aku mengaku yang aku ni xsekuat siti hajar untuk lalui semua ni..ermm

ni laa gambar aku dengan fazera..thankz adeq coz dah belanja macam2 n dah banyak tOlong akak..akak xtahu nak balas macam mana hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya..akak sayang adeq sangat2..;)


thankz semua dah buat kenangan yang terindah dalam hidup aku bersama dengan kawan2 aku n adeq aku..aku sayang kOrang semua...i love u all mmmuaawhhh <3

Saturday 26 May 2012

cuti sekOlah..

assalamualaiku suma..kOrang sihat..harap sihat laa yeaa...:)

aku nk bukalah beberapa citer ni..maklOm laaa bnyak sngat citer..:) citernya bermula dri al kisah selepas seminggu dOk perah otak dalam mOod exam..aku xtahu apa yang aku jawab..baca buku macam xbaca jeaa..ntah laa apa result aku nanti..mOod dalam time exam pulak laa ada jeaa dugaan yang datang bertubi-tubi..hati pulak ntah laa..otak serabut..2 yang bOleh jadi macam2 kekeliruan yang terjadi..apa pun kita bertawakal jeaa pada yang maha berkuasa dan yang maha esa..dah2 xmO pikir dah lepaihh cuti mang tersiksa batin aku sebab takut nak tengOk result..harap2 pointer naek kali ni..aku xmO mak aku sedih n kecewa ngan aku..aku xnak tengOk mak aku susah hati lagi..huhu:(

dah2 cahaya cukup2 xyah dOk feelling lebih2..:p laa ni kita nak citer pasai cuti sekOlah..adOyaii banyak betOi keje sekOlah yg ckgu bagi..mentang2 laa kelas tambahan xdak..dya bagi keje sekOlah balambak2...huhu tapi terima kasih laa kat cikgu aku kelas tambahan xdk cuty ni..bOleh laa aku rehat n tenangkan fikiran puas2..:) aktiviti aku masa cuti ni p knduri,tengOk tb,online, makan n tidur jeaa..xtaw nak p hOliday kat mana..maklOm laa bukan berasal dari keluarga senang..sO 20 tahun akan datang mana nak taw kan insyaallah dapat melancOng semua negeri kaa..:) hehehe berangan mang cukup tinggi...:) korang punya aktiviti apa erkk masa cuti ni mezti best2 kan xmacam aku...alaa xpe p mana2 pun itu ssuma nikmat n rezeki dari allah..apa pun hanya berdoa dan bersabar agar allah makbulkan segala hajat kita.. janji hidup mezti maw hepi kn walau dalam keadaan apa pun..

oppss sebelum aku terlupa nanti mezti aku rindu kat aku punya buah hati aku kat sekOlah..suraya, paan, syieda n opie..depa ni laa buah hati aku yg aku sayang sngat2...hehe 2 minggu aku xjumpa ampa kOt nnti cmfrm rindu punya..kepada adeq angkat aku fazera..akak mnta maap setelah apa yang terjadi di antara kita..setalah perasaan dan fikiran bercelaru..akak harap suma ini akan berakhir dengan sebaik-baik kesudahan..akak minta maap kot dh buat keputusan yg sngat drastik..harap maapkan yeaa..

sumanya dh aku citer apa lagi aku xciter g ni..ermm lupa nak bagi tahu 3/6/2012 ni aku kena jadi mentara kat umah mama kami (puan pengetua)...huhu first time aku jadi mentara ni..nak kata best xbest kita tnggu laa citer aku nnti..yg pasti lepas balek dri umah mama terOz balek kpung...wahhh bestnya dapat balek kpung..aman dan damai..tenang jiwa aku bila dOk kat kampung..:) apa pun aku harap dalam cuti ni baek2 jeaa..xmO dh aishhh sedih2 suma ni...nk hepi jeaa...:)
k arkk dh xlarat nak taip penat..daa assalammualaikum

senyumlah:)

takdir

ya allah aku terima dengan reda dengan takdir yang kau tentukan untukku..kau kuatkan laa semangatku dan tabahkan laa hatiku untuk menempuh semua dugaanmu ya allah..ya allah sudah sebulan lebih aku berpisah dengannya..sampai sekarang ingatanku terhadapnya masih lagi tercatat dalam kepala..rinduku, sayangku n cintaku terhadapnya masih lagi terpahat dalam dada n hatiku..ya allah jika ditakdirkan jodohku dengannya kau kekalkan laa tapi jika dia bukan jodohku kau buangkan perasaanku terhadapnya..ya allah andai ditakdirkan kami bersatu semula suatu hari nanti..kau kekalkan kemesraan dan kebahagiaan kami..kau berkatilah hubungan kami dan kau redhalah hubungan kami ini ke jalan yang diredhaimu ya allah.. ya allah aku mengaku setiap detik,setiap saat dan setiap waktu aku mengingatinya..jadikanlah dirinya itu untuk aku selalu mengingatimu ya allah yang selalu memohon petunjuk darimu dan kebenaran yang sebenar-benarnya.. ya allah kau jauhilah diriku daripada perkara2 yang boleh buat aku lalai mengingatimu..ya allah kau jadikanlah diriku ini dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah diriku ini dengan seratus dua puluh kebaikan..allah ada sebaik-baik pemelihara dan dia maha mengasihi segala-galanya..amin

ya allah sesungguhnya aku terlalu merinduinya dan keluarga..kau sampaikanlah salam rinduku padanya dan keluarganya agar mereka juga merinduiku..ya allah sesungguhnya aku benar2 yakin bahawa suatu hari nanti kebenaran akan terungkap..kau berikanlah kesedaran kepada mereka yang telah menyiksa jiwa batinku..ya allah sesungguhnya aku berserah dan bertawakal kepadamu..kau tentulah sebaek2 kesudahan bagiku agar aku dapat hidup seperti manusia yang suatu ketika dulu aku seorang yang ceria.. walaupun sekarang ni orang nampak aku ceria tetapi xmungkin dalam hatiku ceria sepertimana di luaran mukaku.. hr2 yang datang aku hadapi dengan tabah..insyaallah ALLAH bersama dengan orang2 yang sabar...
senyumlah selagi kita mampu untuk senyum..
 ~just smile always~ {^_^}
peace

Wednesday 2 May 2012

syg rindu b:'(

2/5/2012
hr ni dua kali syg mimpi b..
apa maksud suma ni?
adakah b akan kmbali pda syg @ syg patut melupakan b buat selama-lamanya...
b syg rindu b.. syg rndu b sngat2..:'(
b syg dh bnyak hr xp skOlah..
syg sakit b..b bantulah syg..
syg mahukan b sentiasa di samping syg..
b syg tengah sakit ni..
mana b pergi?
syg perlukan semangat dari b..
b knapa b tinggalkan syg...
suku dr kekuatan syg dah rapuh selepas b bersama dengan insan lain..
syg perlukan b di samping syg..
b setiap masa,setiap detik,setiap saat..
syg ingat kat b..
setiap apa yg syg lakukan dan syg lihat..syg mesti teringat kat b..
syg selalu terbayang wajah b..
b sukar bg syg untuk syg melupakan b..
semakin syg melupakan b,semakin menebal rindu syg terhadap b..
semakin lama,semakin dalam cinta dan syg syg terhadap b..
mustahil bg syg jika setiap prkara yg syg lakukan syg xingat b lgsung even syg gembira pun syg ingat b..
syg belajar pun syg ingat b..
b syg rindu b sngat2..
syg syg b..syg cinta sngat kat b..
b dah janji kan nak jaga syg..nak bahagiakan syg..
syg xnak lelaki lain dalam hidup syg..
syg xnak lelaki lain yang menggantikan tempat b dalam hati syg..
setelah b tinggalkan syg perasaan cinta,syg n rindu syg terhadap b semakin kuat..
b syg rindu nak tengOk wajah b..syg nak menatap wajah b puas2..
syg rindu akan senyuman b...
syg rindu tengOk perut b yang bOroi 2..
syg nak bersama b sepanjang hidup syg..
syg nak sentiasa berada di samping b..
syg nak manja dengan b..
syg nak habiskan masa hidup syg bersama dengan b..
kenapa b tinggalkan syg:'(
kenapa b pergi mencari insan yg lain?
b cakap b xkan tinggalkan syg walau apa pun yg terjadi..
kenapa begitu cepat b buat keputusan?
b dah xsyg syg lagi kaa..b dah xrindu syg lagi kaa...b dah xcinta syg lagi kaa...
b kembalilah pada syg..syg nak menjaga b..
dulu syg dah cakap kat b syg xbOleh hidup tanpa b..
b pun cakap perkara yang sama kat syg..
tapi kenapa b boleh hidup dengan perempuan lain..
sampai hati b buat macam ni kat syg..:'(
syg perlukan semangat dari b...
syg perlukan sOkongan dari b..
setiap hari syg rindu b...air mata syg mengalir kerana b..
syg terlalu rindukan b..
syg xtahu macam mana syg nak buat lagi..
syg xsanggup nak tengok b bahagia dengan orang lain..
tapi apa boleh buat syg hanyalah manusia biasa..
syg dahagakan kasih syg b terhadap syg..
b sampai bila2 pun b tetap dalam hati syg..
sampailah akhir hayat syg..cinta,syg n rindu b xkan pernah padam..
kehadiran b dalam hidup syg telah memecah kesepian dan kesunyian syg selama ni..
syg bahagia apabila berada disamping b..
b jika syg mati nanti..syg nak b sedekah al-fatihah dan surah yasin untuk syg..
ajal dan maut kita xtahu bila..
tapi jika ditakdirkan syg pergi dulu sebelum b..
syg nak b tahu syg terlalu cinta,syg dan rindu sangat kat b..
syg dah maafkan b dan keluarga b..
syg selalu berdOa agar b diberikan ketenangan dan kebahagiaan hidup..
syg xpernah sesekali pun membenci b dan keluarga..
perasaan syg terhadap keluarga b xpernah hilang..

b inilah luahan hati syg..
hati syg xpernah terbuka untuk mana2 lelaki lain..
hanya b seorang saja yang terpaut dalam hati syg..
biaa laaa air mata syg dan bear2 yang b berikan yang jadi peneman dalam hidup syg jika syg terlalu rindukan b..
syg sayang b sangat:'(

Sunday 29 April 2012

:'(


Ya allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untukknya….


Aku tak sanggup menangung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutup kan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilanganya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi ya allah…
Aku terima dengan pilihanya ya allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya allah..
amin2…ya rabbal al amin….