Click here for Myspace Layouts

Monday 30 December 2013

aku mahu berubah

Ya Allah,

Andai kaki ini melangkah, jadikan setiap langkahan itu, langkahan ke tempat kebaikan, tempat yang Engkau redha.

Ya Allah,

Andai mulut ini berkata, jadikanlah setiap perkataan yang keluar itu ialah perkataan yang penuh hikmah dan bermanfaat, perkataan yang lembut, dan mendekatkan hati ini dan orang lain pada-Mu,

Ya Allah,

Andai fikiran ini berfikir, jadikanlah fikiran ini berfikir mengenai-Mu, berfikir mengenai kematian, berfikir mengenai dosa-dosa lalu, berfikir mengenai kebaikan orang lain padaku, berfikir mengenai nikmat yang telah kau berikan padaku, dan berfikir mengenai usaha-usaha/ wasilah apa lagi yang boleh aku lakukan untuk mendekatkan diri pada-Mu.

Ya Allah,

Andai disaat tidak ada perkara yang bermanfaat ingin diperkatakan, andai tidak ada topic ingin dibicarakan, jadikanlah lidah ini lancar dan terus-menerus berzikir kepada-Mu, Jauhkan lidah ini daripada mengeluarkan kata yang menyakiti hati orang lain,

Ya Allah,

Andai mata ini melihat hingga ke hari ini dan hari seterusnya, jadikanlah mata ini celik, jauhkan mata ini dari melihat yang bukan hak, permudahkan kedua mataku ini untuk menjaga pandangan, jadikanlah mata ini mata yang sentiasa menangis kerana-Mu, menangis mengingati dosa-dosa lalu.

Ketahuilah bahawa, ‘Dia Mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi dalam dada’- (Surah Al-Ghafir: Ayat 19)
Ya Allah,

Andai telinga ini masih mampu mendengar, jadikanlah ia mendengar dan menapis perkataan itu, jadikanlah kedua telinga ku mendengar yang baik-baik sahaja, andai ada saat-saat di mana aku mendengar yang kurang baik, jadikan ianya berlalu seperti angin.

Ya Allah,

Andai hati ini berniat ataupun bermonolog dalaman, jadikankanlah hati ini sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan sahaja, jadikan juga monolog hati itu monolog yang baik-baik sahaja.

Ya Allah,

Jika tangan ini bergerak, Jadikanlah tangan ini bergerak dan menulis kebaikan sahaja, bergerak untuk melaksanakan hal-hal kebaikan, jauhkan tangan ini daripada memukul, menampar dan mengambil hak orang lain.

Wahai Tuhan yang telah terlalu banyak memberi, jadikan aku orang yang bersyukur dengan nikmat mata, mulut, telinga, hati, tangan, otak (pemikiran), lidah dan nikmat yang lainnya. Sungguh semua nikmat yang KAU berikan ini, akan menjadi saksi di akhirat kelak. Semuanya akan diminta pertanggungjawabkan.

Sunday 29 December 2013

ya allah,

Ya Allah,
bilamana aku masih mengingati seseorang yang belum pasti milikku
maka, KAU bantulah aku untuk melupakannya
kenangan-kenangan kami yang lalu, KAU hapuskanlah dari mindaku..
KAU biarkanlah aku jauh darinya kerana aku yakin dia juga pasti ingin menjarakkan dirinya jauh dariku..
ku berharap agar KAU mengikatku untuk terus setia dengan kasihMU..
aku mohon,
hilangkanlah bayangan dia dari mindaku ini ya ALLAH
payungilah aku dengan rahmatMU
perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir menyebut asma'MU
agar aku sentiasa selamat dengan cintaMU..
amin ya RABB..