Click here for Myspace Layouts

Monday, 9 February 2015

lupa kawan

Assalamualaikum dan salam sayang dari cahaya.. 

Lama dah aku tak singgah di blog ni.. Kira-kira dalam setahun lebih dah.. Sampai berhabuk rasanya ni.. Dengan kesibukkan yang terlampau tak sempat nak up to date.. Rindu aku pada blog ni.. Sebab banyak kenangan yang tercatit di dalamnya..  Kenangan pahit dan manis yang tak kan dilupakan..

Berbalik pada tajuk di atas.. Lupa kawan..  Mesti ada antara kita yang pernah rasa diri ini dilupakan kan..  Yelah.. Tambah-tambah bila orang itu pada ketika dahulunya pernah rapat dengan kita.. Sentiasa bersama kita.. Pernah menceriakan hidup kita.. Even kita minta apa ditunaikan olehnya.. Tapi sekarang dah lupakan kita.. Dah tak jumpa kita lagi.. Dah tak wish birthday kita lagi.. Sakit bila dikenangkan.. Kenapa perlu berbuat demikian..??

Bermacam persoalan berlegar-legar dalam fikiran ini..  Kecewa dengan aku kaa..?  Aku ada buat salah kaa..?  Tak kan sebab ada awek lupa aku..?  Macam mana dengan kenangan aku dengan kau..?  Kau dah buang jauh-jauh kaa..?  Gambar-gambar aku dengan kau dah buang kaa..? Sakit kan bila memikirkannya..  Sedih pun ada..  Terkilan pun ada.. 

Hidup ini perlu diteruskan.. Yang penting doakan kebahagiaannya.. Soal rindu biarlah disimpan dalam hati ini.. In sha allah ada rezeki mungkin suatu hari dapat bertemu dengannya.. Bertemu di kenduri kahwinnya kaa.. Menangis kegembiraan melihat dia dah dapat yang lebih layak dan yang sempurna dalam hidupnya.. 

Kau tetap kawan aku selamanya.. Orang yang pernah menceriakan hidupku.. Orang yang pernah bahagiakan aku.. Orang yang pernah suatu ketika aku jatuh cinta padanya dalam diam.. Terima kasih atas segala kenangan antara kita.. ☺☺

No comments:

Post a Comment