Click here for Myspace Layouts

Sunday 16 October 2011

akulah insan yang kecewa suatu ketika dahulu...

Temanku,
Kaulah penghibur di kala aku kesedihan
Kaulah penenang di kala aku keresahan
Kaulah pendengar untuk aku meluahkan perasaan
Kaulah penyeri hidupku di kala aku kebosanan 
Kaulah dorongan selain ibu bapaku untuk aku berjaya
Kaulah yang membuatkan hari-hariku bahagia bersamamu
dan Kau jualah insan yang paling aku sayangi...

Temanku,
Sejak akhir-akhir ini aku merasakan yang kau CUBA menjauhi
dirimu daripadaku
Kau CUBA untuk melupakanku
Kau CUBA membuangku jauh dari hidupmu
Kau CUBA singkirkan aku untuk berkawan rapat denganmu
dan Kau jualah yang meninggalkanku bersendirian sehingga aku 
terkapai-kapai mencari erti persahabatan....

Temanku,
Sahabatku,
Aku SEDAR bahawa diriku tidak sehebat dirimu
Aku SEDAR bahawa diriku tidak sepintar dirimu
Aku SEDAR bahawa tulisanku tidak secantik tulisanmu
Aku SEDAR bahawa diriku mempunyai kekurangan 
Aku SEDAR bahawa dirku membawa beban terhadap dirimu
Aku SEDAR bahawa diriku menyemak dalam hidupmu
dan Aku juga SEDAR bahawa diriku bukan taste buat dirimu....

Temanku,
Dulu,
KITA lalui detik-detik pahit manis bersama
KITA berkongsi cerita bersama 
KITA membuat aktiviti bersama
KITA belajar bersama...

Tapi sekarang,
Semua itu semakin pudar
Pudar dalam hidupku
Semakin lama aku semakin resah
dan Aku cuba meneliti apa kesalahan yang 
aku telah lakukan selama ini
dan Aku cuba membaiki kesalahanku

Tapi,
Apa yang aku dapat kebaikan yang aku lakukan
selama ini disalah ertikan
KAU jatuhkan maruahku dengan menceritakan kisah-kisahku
 yang memalukan kepada orang lain
KAU cerita rahsia-rahsiaku kepada orang lain
KAU tikam aku daripada belakang
KAU mengambil kesempatan di atas kebaikanku
KAU musuhku dalam selimut
dan KAU jualah yang membuat diriku kecewa dengan sikapmu 

KAU musnahkan harapanku 
KAU membuatkan aku hilang kepercayaan terhadap dirimu
KAU membuatkan aku benci terhadap dirimu
dan KAU jualah yang membuatkan hatiku terluka...
Temanku,
Sahabatku,
Di mana keikhlasan dan kejujuran daripadamu?
Di mana sifat-sifat mahmudah darimu wahai sahabat?
dan Di mana dirimu yang aku kenal ketika dahulu?
Kau sudah berubah........

Temanku,
Kau membuat aku terfikir bahawa selama ini...
ADAKAH kau jujur berkawan denganku?
ADAKAH kau ikhlas berkawan denganku?
ADAKAH kau memahami perasaanku?
dan ADAKAH kau sayang akan persahabatan kita?
atau hanya sekadar lakonan semata-mata untuk 
membuat aku gembira.........

Temanku,
Sahabatku,
Aku cuma PINTA keikhlasan dan kejujuranmu
Aku cuma PINTA kasih sayang darimu
Aku cuma PINTA kau berdoakan semoga aku 
berjaya dalam hidup
Aku cuma PINTA kau memahami perasaanku
Aku cuma PINTA kau halalkan makan minum aku selama ini
Aku cuma Pinta kau halalkan segala ilmu yang kau telah ajar
dan jika Aku sudah meninggalkan dunia ini 
Aku cuma PINTA kau sedekahkan AL-FATIHAH dan SURAH YASSIN
pada tiap-tiap malam jumaat kepadaku...

Ingatlah wahai sahabatku,
Walaubagaimanapun aku tetap menyayangimu
Walaupun kau telah melukai hatiku
Walaupun kesalahanmu kecil atau besar
Aku sudah lama memaafkan segala kesalahanmu...

hatiku terluka.....




No comments:

Post a Comment