Click here for Myspace Layouts

Friday 28 October 2011

best gilerr...

dah bape hari aku xupdates blog..kesibukkan melanda..
huhu tapi minggu ni yang membuatkan aku kembali ceria sebab keluar dengan my bf..
best sangat2 minggu ni dah 2kali keluar dengan akhmar nasir...
kali pertama time jogging tapi pertemuan kami cukup singkat 1jam jeaa dapat bersama dengan dia..
kali kedua keluar pergi giant,tapi kali ini lama gak laa 3jam..
hepi sangat bila berjumpa n bersama dengannya...
lepas jugak kerinduan yang terpendam selama ni..
tapi semalam, dia dah balik KL...
sayunya hati bila mendengar dia ingin pulang ke KL..
huhu terdetik sejenak n terbayang seketika..
 ingin sekali aku menghantarnya sampai ke stesen bas,
ingin sekali aku melihatnya menaiki bas,
ingin sekali aku melihatnya melambai tangannya ke arahku sambil memberikan senyuman kepadaku..
dan pada ketika itulah gugur air mataku apabila melihat basnya menyusur pergi..
tetapi semua itu tidak mungkin akan berlaku dan tidak mungkin kesampaian..
aku hanya mampu membaca mesej2 yang dihantar bahawa dia telah sampai ke stesen bas yang dihantar oleh adik angkatnya,
hanya mampu membaca bahawa dia telah duduk di dalam bas,
hanya mampu membaca bahawa basnya sudah pun jalan..
dan aku di sini hanya mampu mendoakan keselamatannya dalam perjalanan..
aku pun tak tahu kenapa begitu berat hati aku untuk membiarkan dia pergi..
sayu sangat hatiku..hanya berteman air mata saja ketika itu..
sebelum ini tidak pernah aku macam ini bila mendengar dia hendak pulang..
tetapi entah laa...
pada saat itu aku merasakan,
aku inginkan dia selalu berada disamping aku..
aku tidak mahu dia berjauhan denganku...
tapi apakan daya dia pergi untuk menuntut ilmu dan kami juga tidak mempunyai ikatan yang suci..
aku hanya mampu bersabar dan terus bersabar...
kuatkan diriku agar terus menjalani kehidupan seperti biasa...
aku sayang kamu selamanya..

pada 26/10/2011 genap laa detik 2bulan aku berkawan dengan fazera..
huhu pada detik itu gak tepat pada pukul 12.01..
dia meminta untuk mengambil aku untuk menjadi kak angkatnya..
lama jugak aku berfikir..
akhirnya aku setuju mengambilnya menjadi adik angkat aku..
tapi aku takut nanti adik angkat aku yang seorang lagi tahu..
argghhhhh bertambah pusing memikirkan ni..
entah laaa jangan sampai aku dituduh menjadi perampas adik angkat sudah laa..
yeaa laa fazera dah ada kak angkat..
dia pula sayang sangat pada kak angkat...
argghhhhhhhhhhhhhhh terima jeaa laa apa yang nak jadi lepas ni terhadap aku..
tapi best sangat dapat keluar dengan dia hari rabu hari itu..
huhuhu aku tetap menyayangi kamu..

kenangan yang tak boleh aku lupakan bila bersama dengan my baby boy n fazera...huhu
thankzzz fazera sebab dah banyak menceriakan hariku...
love u baby boy n fazera...
AKU SAYANG KAMU DUA SELAMA_LAMANYA<3




2 comments:

  1. sya cyunx awak jugk .. thnx terima saya .. walpun awak takut ngn adeq angkt awak lg seowg .. sya akn sentiasa wt awak hepi .. selama sya idOp ..

    ReplyDelete
  2. tapi awak dah kak angkat..saya takot nnti nazura ckap saya perampas..:( saya xnak gadO..

    ReplyDelete